Dengan segala hormat sukacita dimaklumkan kepada penduduk kampung bahawa pada Tahun 1431H, Majlis Perundingan Kampong Danau, Tutong dengan kerjasana Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Danau, Tutong mengadakan kutipan bagi mereka yang ingin mengikuti Ibadah Korban / Aqiqah bagi Tahun 1431H / 2010M yang mana kutipan tersebut akan dibuat mulai bulan Disember 2009 hingga 30 September 2010 iaitu sebanyak B$ 25.00 sebulan dan berjumlah B$ 250.00 [Ringgit Brunei: Dua Ratus dan Lima Puluh Sahaja ].
Sehubungan dengan itu kepada yang berkenaan dan berhajat untuk mengikuti bolehlah mendapatkan borang Ibadah Korban / Aqiqah 1431H daripada AWG. HJ HASNAN BIN HJ SHAHBUDIN & AWG. HJ ABDULLAH BIN HJ MOHD. TAHIR mulai 1hb Disember 2009. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembali tidak lewat 31hb Disember 2009 kepada AWG. HJ HASNAN BIN HJ SHAHBUDIN & AWG. HJ ABDULLAH BIN HJ MOHD TAHIR selaku PENOLONG PEMEGANG AMANAH, IBADAH KORBAN DAN AQIQAH TAHUN 143IH / 2010M.
**** BORANG HENDAKLAH DIKEMBALIKAN BESERTA WANG PENDAHULUAN SEBANYAK B$ 25.00, SEKIRANYA GAGAL MENGEMBALIKAN SELEPAS TARIKH DIATAS ADALAH DIKIRA MENARIK DIRI DARI MENYERTAI IBADAH KORBAN PADA TAHUN INI.
**** Pembayaran Korban pada tahun ini bolehlah kepada HJ HASNAN BIN HJ SHAHBUDIN & AWG. HJ ABDULLAH BIN HJ MOHD TAHIR mulai 1hb Disember selaku Penolong Pemegang Amanah Ibadah Korban Kampong Danau, Tutong Tahun 1431H / 2010M.
Untuk makluman bersama bahawa Ahli Jawantankuasa Majlis Perundingan Kampong Danau bersetuju menentapkan sebanyak 7 EKOR KERBAU SAHAJA, Insyallah bagi Majlis Ibadah Korban / Aqiqah tahun 1431H / 2010M.
Sekian Terima Kasih Wassalam
Dengan hormat,
HJ ABDULLAH BIN ABD RASHID
Ketua Kampong Danau,
Tutong
Sk.
Pegawai Daerah Tutong